Contact me via email stunorshay@yahoo.com Thank you and Have A Nice Day :) visit www.marykay.com.my

Friday, November 19, 2010

KAYA KE?


Ramai yang menyoal saya..kaya ke jual produk kecantikan ni? Kalau x kaya, nape beria sangat kat blog?
Semua orang mempunyai impian..x kira la besar atau kecil impian itu, kerana impian setiap orang adalah abstrak...dan bagi merealisasikan impian tu, tentu perlu ada usaha..nak ada financial freedom by age 40 adalah impian saya!



Tapi, jual MK tak boleh jadikan seseorang itu kaya pun..Mesti ada Director kat luar sana marah saya berkata demikian! Saya dah buat banyak business sebenarnya..dari apa yang saya nampak, kalau nak jadi kaya...pergilah JUAL INSURANS..income untuk seorang client, kita akan dapat selama 7 tahun...itu baru seorang! Ada seorang kawan dalam masa 4 tahun dah jadi unit manager, dah boleh beli rumah yang mahal, kereta accord baru...kalau makan gaji empat tahun baru dapat kenaikan 400..betul x? Sahlah, nak jadi kaya, kena jual insurans..tapi bukan mudah tau!
Habis kenapa saya x buat? kan senang nk jadi kaya..

Hahaha..saya bukan nak jadi kaya pun!!! Biarlah hidup sederhana, kaya x boleh bawa masuk kubur pun..memang la, kita kena cari duit untuk memenuhi impian kita, namun mestilah mengikut jalan yang betul..
Tujuan utama saya adalah untuk perkongsian maklumat kecantikan, bukan nak cepat kaya! Sebab itu minat saya...pantang dengar ada spa ke, butik kecantikan baru, mesti nak cuba...dan adalah lebih baik berkongsi dengan pembaca...(kerana saya dah banyak membazir, x mahu org lain pun terjebak dalam pembaziran..lebih baik pembaca ada maklumat dahulu sebelum membuat keputusan!).
Saya pernah cuba Dermalogica, Dr. Murad, New York Skin Solution, ELKEN...semua ribu2...saya orang biasa saja, bukan orang berduit...tapi bagi memastikan yang terbaik untuk diri sendiri, saya cuba..namun, jelas yang terbaik setakat ini MARYKAY..bukan mengatakan yang lain x baik, atau hasilnya teruk...tetapi ada sebab lain..
Saya sudah menggunakan ELKEN sejak tahun satu di USM...masa tu muka penuh jerawat. Dah la suka korek sampai darah, of course berbekas..Kawan mencadangkan Scrub St. Ives Medicated dan kebetulan ada jurujual ELken datang promote...saya gunakan kedua2nya sehingga kawin dan dapat anak...Sekali-sekala saya akan manjakan diri di Dermalog dll butik...Tapi kenapa saya katakan MK yang terbaik?
MK affordable..x semahal yang lain..hasilnya pun saya rasa lebih baik kerana kita setiap minggu memanjakan diri spa muka di rumah..jadi duit kurang terbazir! Serius...Jadi ahli dan beli barang 500 point above dapat less 40%...semua produk adalah hak milik kita, kita boleh gunakan mengikut kesesuaian kulit...treatment nya semua ada walaupun tidak menggunakan mesin. Suntikan seperti botox tidak perlu kerana Serum +C yang disapu setiap hari menjadikan kulit kita seperti memakai botox...yang penting ianya HALAL...Serum )C hanyalah essence yang tinggi kandungan vitamin c nya...Jadi, sejak menggunakan MK, masa saya lebih, sambil treatmentkan muka, sambil memasak..duit pun sentiasa ada, alhamdulillah...x seperti dulu..kena kumpul duit dulu baru boleh ke spa muka!
Sejak dah ada MK, treatment sebelum ini di NYSC, x habis pun..dan memang dah xnak pergi pun...buat rosak muka je g sana..muka jadi kusam dan pucat...bila ditanya kandungan, mereka hanya menjawab dari bahan natural sahaja...! Pelik kan, macam ada sesuatu yang cuba disembunyikan! x pe, pembaziran yang lepas, jadikan pengajaran untuk masa akan datang..dan semoga semua orang faham..saya bukanlah mencari kekayaan, kalau ada rezeki dari MK, saya bersyukur!

No comments: